My Add

Thursday 15 March 2012

OSC Online percepat proses permohonan dengan PBT

JITRA, KHAMIS, 15 Mac, 2012: Menjelang akhir tahun ini, 104 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Semenanjung Malaysia akan menggunapakai sistem Pusat Setempat Atas Talian (OSC Online) untuk menerima dan memproses permohonan cadangan pemajuan daripada pemaju dan orang ramai.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Chor Chee Heung berkata, 76 PBT telahpun menggunakan sistem OSC Online sejak ia dilancarkan pada Januari tahun lepas.

Katanya, OSC Online menyediakan 32 jenis perkhidmatan antaranya urusan tanah, kebenaran merancang, pelan bangunan dan kejuruteraan merupakan satu platform e-Penyerahan dan e-Pemprosesan eletronik tanpa memerlukan kehadiran di kaunter.

"OSC Online berkesan menghapuskan birokrasi dan mengambil masa 37 hari sahaja untuk meluluskan kes mudah berbanding sistem lama empat hingga enam bulan,” kata Chee Heung kepada pemberita selepas melancarkan OSC Online bagi PBT negeri Kedah di sini, hari ini.

Beliau berkata, kementerian menyediakan peruntukan khusus untuk melatih pegawai-pegawai PBT menggunakan sistem tersebut dan bersedia memberi tunjuk ajar mengenai cara penggunaannya kepada orang ramai.

Menurutnya, penggunaan OSC Online membolehkan kementeriannya memantau perkembangan di setiap PBT untuk mengambil tindakan sekiranya masih terdapat salah laku atau sebagainya. — BERNAMA 

No comments:

Post a Comment