My Add

Thursday 22 March 2012

PAC minta serah dokumen NFCorp

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 2012: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan meminta Kementerian Kewangan dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani menyerahkan dokumen-dokumen penting berkaitan National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp).

Pengerusinya, Datuk Seri Azmi Khalid berkata, pihaknya menjangkakan dokumen-dokumen berkenaan dapat diperoleh dalam minggu ini bagi membantu siasatan PAC berhubung isu NFCorp.

"Kami akan mendapatkan dokumen berkaitan perjanjian pinjaman daripada Kementerian Kewangan dan dokumen mengenai pelaksanaan projek serta perolehan tanah daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

"Secara dasarnya PAC sudah membuat keputusan untuk meneruskan siasatan terhadap NFCorp. Bagaimanapun, ia (siasatan) tidak berkaitan dengan tuduhan di mahkamah, sebaliknya menjurus kepada pengurusan pinjaman kewangan yang diterima daripada kerajaan," katanya pada sidang media di bangunan Parlimen, di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment