My Add

Monday 5 March 2012

Pas dibidas tuduh surat Tun M bukti Malaysia iktiraf Israel

PUTRAJAYA, ISNIN, 05 Mac, 2012: Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini membidas Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berhubung tuduhannya kononnya surat diutus bekas perdana menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kepada perdana menteri Israel membuktikan Malaysia mengiktiraf rejim Tel Aviv itu sebagai sebuah negara sah.

Beliau berkata, ketiga-tiga kandungan surat berkenaan langsung tidak menggambarkan sepertimana tuduhan itu, sebaliknya ia menyatakan pendirian dan ketegasan Malaysia berkenaan isu kebebasan Palestin.

"Saya rasa kalau mereka baca betul-betul, tak ada pun (mengiktiraf Israel) cuma disebutkan bahawa sokongan Malaysia kepada rakyat Palestin tidak berbelah bahagi dan kita memberi peringatan kepada rejim Tel Aviv (tentang perkara itu).

"Ini sesuatu yang berbeza dengan seseorang yang menyatakan ia ingin memastikan keselamatan negara Israel,” katanya yang menambah bahawa Malaysia ada hubungan dengan banyak negara tetapi tidak bermakna Malaysia akan menghantar tentera untuk mempertahankan negara itu jika ia diserang.

Beliau mengulas kenyataan Tuan Ibrahim hari ini yang mendakwa tindakan Dr. Mahathir menghantar tiga pucuk surat kepada tiga perdana menteri rejim Tel Aviv adalah bukti kerajaan mengiktiraf negara rejim zionis itu. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment