My Add

Friday 9 March 2012

Pas Kedah sambut ulang tahun pentadbiran dalam kepincangan

ALOR SETAR, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Kerajaan Pas Kedah menyambut ulang tahun keempat pentadbirannya hari ini dalam keadaan pincang dan dicemari dengan krisis dalaman yang belum menunjukkan tanda akan selesai.

Kerajaan Pas yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak pada masa ini dikatakan tidak dapat bergerak dengan kekuatan penuh di peringkat pembuat keputusan apabila hanya lapan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri bertugas berbanding jumlah keseluruhan 10 Exco seperti diamalkan sebelum ini.

Beberapa portfolio seperti Pertanian dan Industri Asas Tani, Bioteknologi, Sains dan Inovasi juga belum diisi sejak majlis mengangkat sumpah pelantikan semula Exco pada 28 Februari lalu diadakan.

Menurut satu sumber, meskipun Datuk Phahrolrazi Zawawi serta Dr. Ismail Salleh bersetuju dilantik semula, jawatan mereka sebagai Exco telah terlucut dengan sendiri kerana tempoh perkhidmatan mereka luput secara rasmi mulai semalam. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment