My Add

Tuesday 20 March 2012

Pas mengaku parti Islam tapi tak beri peluang Hasan bela diri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Dua Ahli Parlimen hari ini mempertikaikan tindakan Pas yang mengaku memperjuangkan Islam tetapi memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali sebagai ahli parti tanpa mengikut prosedur.

Malah, mereka bersimpati dengan nasib Hasan apabila Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia itu yang ketika memegang jawatan Exco, bersungguh-sungguh memperjuangkan kepentingan Islam, namun, langsung tidak diberi peluang untuk membela diri sebelum dipecat oleh pucuk pimpinan Pas.

Datuk Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Bharu) ketika mencelah berkata, begitulah sifat Pas yang mengaku parti Islam tetapi bertindak sebaliknya.

''Mengaku Islam tetapi pecat Hasan tanpa beri sebab, tanpa beri peluang beliau untuk membela diri," kata Zulkifli dalam celahannya semasa Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading)membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment