My Add

Tuesday 13 March 2012

Pasaran getah terus meningkat

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Pasaran getah Malaysia meneruskan momentum peningkatannya hari ini, disokong oleh bekalan terhad, kata peniaga.

Seorang peniaga berkata, harga getah tinggi itu juga sejajar dengan kenaikan harga minyak.

"Bagaimanapun, pelabur mungkin menangguhkan pembelian ketika mereka mencari petunjuk kelonggaran seterusnya daripada Bank of Japan di samping juga menunggu kenyataan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat lewat hari ini," katanya.

Pada tengah hari, harga fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar
SMR20 naik 4.5 sen kepada 1,133 sen sekilogram manakala susu getah pukal berjumlah 788.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi bagi gred tayar SMR20 naik lima sen kepada 1,135.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal meningkat 0.5 sen kepada 790 sen sekilogram. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment