My Add

Tuesday 20 March 2012

Pasukan perubatan F1 siap sedia untuk GP Malaysia Petronas 2012


PEMANDU Pasukan Formula Satu Mercedes AMG Petronas, Michael Schumacher dan rakan sepasukannya, Sam Bird memberi autograf kepada belia Orang Asli dari Landai dan Meranti sebelum memandu uji Mercedes Benz SLS AMG 6.3 sempena lawatan ke Kilang Pemasangan Mercedes Benz di Pekan, Pahang, hari ini. - Foto Halim Mat Ali

SEPANG, SELASA, 20 Mac, 2012: Pasukan Perubatan Formula Satu (F1) Malaysia bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan cemerlang menjelang Grand Prix Malaysia Petronas 2012 yang akan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mulai 23-25 Mac ini. 

Naib Canselor Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Leftenan Jeneral Datuk Wira Allatif Mohd Noor berkata, seramai 60 pakar perubatan dan 240 paramedik akan bertugas sepanjang kejohanan itu selain menyediakan 2 buah helikopter, 20 ambulans, lima kenderaan perubatan intervensi dan empat kereta perubatan.

Turut disediakan ialah dua dewan bedah, sebuah bilik rawatan intensif (ICU), sebuah bilik unit rawatan kepakaran serta 3 pasukan 'extrication' khas untuk kes-kes kecemasan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment