My Add

Friday 23 March 2012

PDRM perbaharui tekad baiki khidmat kepada masyarakat

Oleh NURULANUAR MANSOR

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 23 Mac, 2012: Cabaran menjaga kesejahteraan masyarakat semakin hebat apatah lagi berhadapan dengan tohmahan pihak-pihak tertentu yang cuba merosakkan kredibiliti pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM).

Menyedari hakikat ini, pasukan keselamatan negara itu telah melaksanakan pelbagai usaha bagi memperbaiki kecekapan penyampaian perkhidmatannya selain meningkatkan lagi kolaborasi dengan pihak awam.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, PDRM yang kini menjangkau usia 205 tahun sentiasa bersikap proaktif dengan mengkaji amalan kepolisan terbaik bagi memperkemaskan penyampaian perkhidmatannya kepada masyarakat.

“Aktiviti-aktiviti dalam Strategi Laut Biru, kepolisan komuniti, walkabout dan kepolisan berprofil tinggi merupakan antara tindakan yang telah PDRM laksanakan bagi meningkatkanomnipresence dalam masyarakat.

“Langkah-langkah yang telah dan akan dilaksanakan ini terbukti membantu mengurangkan kadar jenayah dan meningkatkan keyakinan masyarakat,” kata beliau dalam sidang media mengenai Sambutan Hari Polis ke-205 di Bukit Aman di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, beliau menjelaskan bahawa, PDRM turut mengambil peluang untuk mendedahkan kepada orang ramai kemampuan dan kekuatannya melalui sambutan yang akan diadakan di Dataran Merdeka pada malam esok itu.

Antara lain, buat pertama kali dalam sejarah, PDRM akan memperkenalkan maskotnya yang diberikan nama Harimau Biru bagi mewujudkan imej mesra masyarakat.

Menurut Ismail, maskot dan program-program yang telah dirancang dalam sambutan tersebut dijangka akan dapat memperbaiki perspektif rakyat terhadap polis serta merapatkan lagi hubungan polis dan komuniti. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment