My Add

Friday 9 March 2012

PDRM tambah anggota, tingkatkan rondaan

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Polis Diraja Malaysia (PDRM) memperhebatkan aktiviti rondaan terutama di kawasan panas menerusi penambahan 14,739 anggota dan pegawainya di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pertambahan itu menjadikan keseluruhan 31,900 anggota dan pegawai PDRM ditugaskan di kawasan panas di keempat-empat negeri itu.

Katanya, adalah menjadi matlamat PDRM untuk memperhebatkan aktiviti rondaan di seluruh negara, justeru pihaknya menambah sebanyak 38,739 anggota dan pegawai termasuk 14,739 yang akan ditempatkan di kawasan panas.

''Bagi 10 negeri lain yang bukan dalam kategori kawasan panas, seramai 24,000 anggota dan pegawai polis tambahan dari ibu pejabat polis kontinjen (IPK) dan ibu pejabat polis daerah (IPD) akan ditugaskan untuk melakukan aktiviti rondaan di negeri-negeri berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment