My Add

Monday 19 March 2012

Pekebun kecil wajar hargai usaha RISDA - Shafie Apdal

BALING, ISNIN, 19 Mac, 2012: Golongan pekebun kecil di negara ini diingatkan supaya menghargai perjuangan kerajaan melalui Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dalam membantu mereka meningkatkan taraf kehidupan.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, sejarah membuktikan bahawa golongan itu berjaya dalam pelbagai bidang terutama dalam pelajaran dan ekonomi.

Katanya, rakyat perlu menilai perjuangan dan jasa serta usaha gigih kerajaan selama ini dan menterjemahkannya pada pilihan raya umum akan datang.

Shafie berkata, beliau yakin perubahan besar sikap rakyat terutama dalam kalangan pekebun kecil di Kedah, mampu memberikan sokongan berterusan kepada kepimpinan Perdana Menteri dalam pilihan raya akan datang. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment