My Add

Sunday 4 March 2012

Pelajar di Syria perlu bertanggungjawab: Khaled

JOHOR BAHRU, AHAD, 04 Mac, 2012: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) tidak akan bertanggungjawab ke atas keselamatan pelajar Malaysia di Syria sekiranya mereka enggan dibawa pulang atau dipindahkan ke Jordan. 

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pelajar sudah dihubungi dan dimaklumkan mengenai risiko yang bakal mereka hadapi jika terus berada di negara tersebut yang sedang bergolak.

"Penuntut yang enggan balik atau berpindah ke Jordan akan diminta menandatangani surat bagi mengesahkan mereka tahu akibat daripada keputusan mereka itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penyerahan sumbangan Wang Bantuan Sara Hidup RM100 di Sekolah Kebangsaan Taman Molek di sini hari ini.

Terdapat 400 pelajar Malaysia di Syria dengan 222 orang sudah dibawa pulang sementara 178 orang masih berada di sana. 

Antara alasan penuntut yang majoritinya mengikuti pengajian agama untuk tidak pulang ialah kerana mereka sedang menuntut di tahun akhir atau akan menghadapi peperiksaan. 

KPT dilaporkan sedang menimbang sama ada akan membawa pulang atau memindahkan pelajar terbabit ke Jordan, namun ia masih menunggu keputusan Majlis Keselamatan Negara berhubung tahap keselamatan pelajar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment