My Add

Monday 19 March 2012

Pelajar syariah tidak semestinya peguam syarie

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Pelajar jurusan undang-undang boleh mendalami bidang syariah namun ia bukan 'tiket' buat mereka terutamanya bukan Islam untuk menjadi peguam syarie, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Beliau berkata, undang-undang syariah yang dipelajari mereka adalah sebagai pendedahan dalam konteks ilmu pengetahuan.

"Orang yang belajar undang-undang syariah tidak semestinya menjadi peguam syarie. Dalam erti kata mudah, ia hanya untuk pendedahan pendidikan dan pelajaran dan bukannya untuk menjadi peguam syarie bagi yang bukan Islam," katanya semasa menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Manan Ismail (BN-Paya Besar) pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Abdul Manan ingin tahu kewajipan pelajar undang-undang mempelajari undang-undang syariah dan sama ada kerajaan membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah.

Jamil Khir berkata, buat masa ini, kerajaan juga belum memutuskan untuk membenarkan peguam bukan Islam mengendalikan kes di Mahkamah Syariah. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment