My Add

Wednesday 21 March 2012

Pelan perbaiki prestasi sekolah luar bandar dirangka

TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) melihat keputusan 5A+, 3A dan 1A- yang diperoleh Mohamad Azali Mohd Alwai pada Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 yang berlangsung di Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Cheras, hari ini. Seramai 559 calon SPM 2011 memperoleh gred cemerlang tertinggi (A+) bagi semua mata pelajaran yang diduduki, berbanding 403 pada 2010. - Foto Chan Wai Yew

KUALA LUMPUR 21 Mac — Kementerian Pelajaran akan merangka satu pelan transformasi bagi memperbaiki prestasi sekolah luar bandar memandangkan masih wujud jurang yang ketara daripada segi prestasi sekolah bandar dan luar bandar.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pelan Transformasi Pendidikan Luar Bandar itu yang akan memberi tumpuan kepada sekolah menengah di luar bandar akan menumpu kepada aspek seperti tenaga pendidik, prasarana, mutu pembelajaran, peruntukan dan peranan ibu bapa.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, beliau telah meminta Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Abdul Ghafar Mahmud menyiapkan laporan mengenai pelan itu sebelum penghujung tahun ini.

"Ini keputusan yang saya sudah buat. Ini sebagai membuat analisa daripada keputusan (Sijil Pelajaran Malaysia 2011) yang telah kita lihat pada hari ini.

"Walaupun saya berpuas hati, pencapaian kita adalah jauh lebih baik, (ada) peningkatan dalam semua mata pelajaran, tetapi pencapaian antara pelajar-pelajar itu juga ada perbezaan seperti antara pelajar Melayu, Cina, India dan Bumiputera,” katanya kepada pemberita selepas beramah-mesra dengan pelajar yang mengambil keputusan SPM 2011 dan ibubapa di Sekolah Menengah Sains Alam Shah di sini hari ini. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment