My Add

Saturday 17 March 2012

Pemandu kenderaan perdagangan jalani ujian tidur

KUALA LUMPUR, SABTU, 17 Mac, 2012: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai hari ini membayangkan kemungkinan pemandu kenderaan perdagangan menjalani ujian tidur sebagai sebahagian daripada ujian kesihatan ke arah memastikan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Beliau berkata, melalui ujian itu, masalah penyakit tidur yang dihadapi pemandu kenderaan perdagangan seperti lori dan bas dapat dikenal pasti di peringkat awal dan sekaligus mampu mengelak kemalangan ketika memandu.

Liow berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hasan Abdul Rahman untuk berbincang dengan Kementerian Pengangkutan sama ada ujian itu harus dilaksanakan segera atau sebaliknya.

"Ini merupakan satu perkara baru, jadi kita bincang dengan Kementerian Pengangkutan sama ada hendak memasukkan sleep test (ujian tidur) sebagai satu medical test (ujian perubatan) untuk semua pemandu kenderaan perdagangan selain ujian air kencing yang dilaksanakan ketika ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Hari Tidur Sedunia di sini.

"Kita melihat perkara ini dengan serius kerana kini kita hanya mengambil contoh air kencing untuk memastikan sama ada mereka (pemandu kenderaan perdagangan) mengambil dadah (atau tidak), tapi ini tidak menyelesaikan masalah (pemanduan tidak selamat),” kata Liow.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment