My Add

Monday 12 March 2012

Pemandu terselamat, kereta jatuh gaung 50 meter

Oleh FARABI SHEIKH SAID AL JABRI

SEREMBAN, ISNIN, 12 Mac, 2012: Seorang lelaki terselamat daripada maut walaupun kenderaan dipandunya terbabas dan terhumban ke gaung sedalam 50 meter selepas cuba mengelak seekor anjing di Kilometer 11.2, Jalan Seremban-Mantin di sini malam tadi.

R. Ganeskumar, 24, hanya cedera ringan dan terpaksa mendaki gaung itu selama setengah jam sebelum menghubungi rakannya untuk meminta bantuan dalam kejadian yang berlaku pukul 10 malam.

Ketika kejadian, dia dalam perjalanan dari rumahnya di Lukut menghala ke Kolej Lagenda Mantin sebelum kereta Toyota Corolla dipandunya gagal dikawal lalu berpusing beberapa kali sebelum terjatuh gaung kerana mengelak seekor anjing melintas jalan.

“Kalau melihat keadaan gaung ini, pasti ramai yang menyangka sesiapa yang terlibat dalam nahas ini maut. Mujurlah saya hanya mengalami cedera ringan dan berjaya keluar kereta melalui pintu sebelah penumpang,” kata Ganeskumar yang masih terkejut dengan kejadian itu. - UTUSAN


No comments:

Post a Comment