My Add

Friday 9 March 2012

Pembatalan SBPA bukan kegagalan dasar kerajaan - TPM


TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan hadir bersarapan pagi bersama penduduk Kampung Johol di SK Jenis Kebangsaan (C) Air Nawang sempena lawatan Timbalan Perdana Menteri Ke Negeri Sembilan, hari ini. (berita lanjut) - Foto Hazreen Mohamad

KUALA PILAH, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Tindakan kerajaan membatalkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) bukan disebabkan kegagalan kerajaan melaksanakan sesuatu dasar seperti yang didakwa pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, sebaliknya pembatalan itu dibuat selepas kajian mendapati skim itu tidak memenuhi tuntutan bagi meningkatkan gaji dan kemudahan lain untuk penjawat awam.

"Semasa kita mahu kemukakan SBPA itu, rupa-rupanya ada perkara-perkara yang tidak kita ketahui di peringkat awal dan bila diperincikan satu persatu, pihak perkhidmatan awam yang diwakili Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam memberikan pandangan bahawa apa yang diusulkan (dalam SBPA) tidak dapat memenuhi tuntutan mereka.

"Perkara itu (skim SBPA) belum kita laksanakan kerana kita baru kemukakan tawaran, jadi perkara ini kita kaji balik kerana kita responsif kepada pandangan pegawai-pegawai awam,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan guru-guru agama, guru-guru takmir, ahli jawatankuasa masjid dan pemimpin-pemimpin masyarakat Kuala Pilah di Johol di sini hari ini sempena lawatan kerja seharinya ke Negeri Sembilan. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment