My Add

Monday 5 March 2012

Pembinaan KLIA 2 mengikut jadual: MAHB

SEPANG, ISNIN, 05 Mac, 2012: Terminal penerbangan tambang rendah yang baharu, KL International Airport 2 (KLIA 2), dengan kapasiti 45 juta penumpang setiap tahun, sudah hampir separuh jalan siap dan berjalan mengikut jadual, kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Tan Sri Bashir Ahmad. 

Beliau berkata, kerja-kerja di KLIA 2 yang berkeluasan 257,000 meter persegi itu bermula pada Oktober 2009 dan dijadual siap pada April tahun depan.
"Kos LCCT itu ialah antara RM3.6 bilion dan RM3.9 bilion," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, menghadiri taklimat mengenai projek berkenaan bersama-sama Bashir dan pegawai kanan di ibu pejabat MAHB sebelum melawat tapak KLIA di sini. 

Bashir berkata, MAHB dijangka mengalu-alukan lebih banyak syarikat kapal terbang kos rendah ke KLIA 2 sebaik sahaja terminal itu siap. 

"Pada masa ini, pengendali terbesar di KLIA 2 ialah AirAsia. Syarikat lain seperti Tiger Airways akan berpindah ke KLIA 2 dan jika terdapat syarikat penerbangan tambang rendah baharu yang ingin beropersi di KLIA 2, mereka dialu-alukan berbuat demikian," katanya. 

Mengenai pemberian pemegang konsesi bagi ruang di KLIA 2, Bashir berkata MAHB menerima sambutan menggalakkan daripada pihak yang berminat untuk mendapatkan ruang berkenaan.

"Tender akan dijalankan dalam berperingkat," katanya sambil menambah keputusan belum dibuat kerana proses masih berjalan. 

Dilaporkan sebelum ini yang MAHB akan membuat pemberian 225 ruang di KLIA 2 menjelang Julai tahun ini bagi pembukaan yang dijadualkan pada April tahun depan. 

Daripada 225 ruang berkenaan, 118 diperuntukkan untuk tawaran runcit, 81 lot untuk makanan dan minuman dan 26 lot untuk perkhidmatan. 

MAHB menjangkakan jualan tahunan RM1.6 bilion dalam tempoh lima tahun daripada 30 juta penumpang yang dijangka terbang menerusi KLIA 2. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment