My Add

Monday 12 March 2012

Pemimpin UMNO sambut baik keputusan Shahrizat

KUALA LUMPUR, AHAD, 11 Mac, 2012: Pemimpin UMNO menyambut baik tindakan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk melepaskan jawatan sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti yang diumumkannya hari ini.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafiee Apdal berkata, langkah yang diambil oleh Ketua Wanita itu baik dan tepat pada masanya demi menjaga kepentingan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan juga parti.

"Kita sangat menghargai keputusan yang telah dibuat oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. Ianya adalah baik dan tepat pada masanya untuk pastikan kejayan kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

"Ini juga tidak ada kaitan dengan dia bersalah atau tidak, tapi semuanya dilakukan adalah demi kepentingan kerajaan dan juga parti,” katanya yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah ketika dihubungi.

Shahrizat mengumumkan pengundurannya apabila tempoh pelantikannya sebagai Anggota Dewan Negara tamat 8 April depan.

Bagaimanapun, katanya beliau akan kekal sebagai Ketua Wanita UMNO dan Ketua Wanita BN), selepas berfikir dengan panjang lebar bagi meneruskan tugas dan amanah yang telah diberikan kepadanya.

Dalam pada itu, Mohd. Shafiee meminta agar golongan wanita tidak berasa terjejas dengan pengunduran Shahrizat selaku menteri kerana kerajaan memberi jaminan tidak akan mengabaikan kepentingan dan sumbangan wanita kepada pembangunan negara.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment