My Add

Saturday 17 March 2012

Pemimpin veteran UMNO henti kritik parti-Abdullah Badawi

Oleh ANI AWANG

KEPALA BATAS, SABTU, 17 Mac, 2012: Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini meminta bekas pemimpin dan veteran UMNO supaya berhenti mengkritik UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana ia boleh menimbulkan perbalahan dan merosakkan imej parti.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ini kerana kritikan tersebut memberi kesan kepada UMNO dan tidak membantu parti.

"Kita tak boleh menghina pemimpin, kita nak parti menang dalam pilihan raya. Kita tak mahu apa yang dilakukan oleh ahli parti boleh memberi kesan kepada UMNO.

"Kalau ada apa-apa pandangan, mereka beritahu kepada pemimpin dan bawa pandangan itu kepada Majlis Tertinggi (MT), jawatankuasa parti, jawatankuasa bahagian, cawangan dan tulis surat kepada MT.

"Kalau ada ahli UMNO yang dengar apa pemimpin lain cakap, pergi jumpa mereka dan tanya apa masalah dan di mana yang tak kena," katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyampaian bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Parlimen Kepala Batas berjumlah RM129,000 kepada 131 penerima di dewan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPKN) di sini - UTUSAN

No comments:

Post a Comment