My Add

Saturday 17 March 2012

Penantian 29 tahun miliki tangan palsu berakhir

DR. MASHITAH Ibrahim (kanan) beramah mesra dengan Wan Hafizah Wan Alias pada majlis penyampaian bantuan tangan palsu di Baling, Kedah, semalam.

BALING, JUMAAT, 16 Mac, 2012; Tiada perkara yang paling menggembirakan seorang guru Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) apabila penantian selama lebih 29 tahun untuk memiliki sebelah tangan palsu bakal berakhir tidak lama lagi.

Wanita itu, Wan Hafiza Wan Alias, 29, dari Kampung Sungai Limau di sini, yang kudung tangan kiri sejak lahir mendapat sumbangan tangan palsu itu daripada sebuah yayasan.

Ibunya, Norlela Hashim, 48, berkata, anaknya dilahirkan dalam keadaan kurang sempurna dan sering menghadapi masalah diejek oleh rakan-rakannya sejak kecil.

Katanya, keadaan tersebut menyebabkan Wan Hafiza bersikap pemalu dan jarang bercampur dengan orang ramai. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment