My Add

Saturday 17 March 2012

Penduduk desak kilang simen di Meru ditutup


PEDUDUK mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan sebuah kilang simen berhampiran kawasan perumahan mereka di Meru, Klang bagi mendesak kerajaan negeri menutup operasi kilang itu kelmarin.

KLANG, JUMAAT, 16 Mac, 2012: - Lebih 50 penduduk di dua buah taman perumahan di Meru di sini mengadakan demonstrasi secara aman semalam untuk membantah pencemaran habuk, debu dan bunyi bising di hadapan sebuah kilang simen berhampiran kawasan mereka.

Mereka yang mewakili lebih 800 penduduk Taman Daya Maju dan Taman Daya Meru menggesa kilang simen yang telah beroperasi lebih 10 tahun itu ditutup serta-merta.

Penduduk berkumpul sekitar pukul 2 petang di bilik gerakan Taman Daya Maju itu berarak ke kilang simen berkenaan yang terletak kira-kira 50 meter dari kawasan perumahan sambil membawa sepanduk tertera 'Bersihkan udara kami', 'Bantu kami MPK', 'Bunyi bising ganggu kami' dan 'Kami mahu udara bersih'. - UTUSAN

1 comment: