My Add

Wednesday 14 March 2012

Pengeluar minyak makan terbesar India diundang ke Sarawak

KUCHING, RABU, 14 Mac, 2012: Sarawak mempelawa syarikat pengeluar minyak makan terbesar India, Ruchi Group of Industries untuk melabur di negeri ini.

Menteri Kedua Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, kerajaan negeri akan membantu Ruchi mendapatkan rakan kongsi bagi penubuhan usaha sama.

Dalam satu kenyataan hari ini, Jabatan Penerangan Negeri berkata, Awang Tengah membuat pelawaan itu selepas melawat kilang penapisan Ruchi Soya Industries di Tirruvalur, Chennai, India.

Awang Tengah mengetuai Misi Pelaburan dan Jualan Kayu Sarawak selama tiga hari ke Chennai.

Pada sesi taklimat itu, Awang Tengah diberitahu bahawa Ruchi mengeluarkan 2.2 juta tan metrik minyak makan setahun yang diperoleh daripada sawit, kacang soya, olein sawit, bunga matahari dan kacang tanah.

Ruchi, yang mempunyai 18 lokasi pengeluaran di Chennai, juga memiliki 40,000 hektar ladang tanaman kelapa sawit berhampiran bandar ini serta 50,000 hektar lagi di Habsyah. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment