My Add

Wednesday 14 March 2012

Peniaga rayu DBKL bina petak letak kereta

Oleh NUR NAZLINA NADZARI

KUALA LUMPUR, SELASA, 13 Mac, 2012: Kerana kasihan melihat kepayahan yang dihadapi pelanggan ketika hendak berurusan, peniaga di sekitar Jalan Leboh Ampang meminta Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membuat petak letak kenderaan di jalan tersebut.

Pengerusi Parti Progresif Penduduk (PPP) Wilayah Persekutuan, Datuk A. Chandrakumanan berkata, baru-baru ini persatuan peniaga di situ telah mengemukakan cadangan berkenaan kepada DBKL dan berharap ia dapat dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, DBKL juga telah mengambil kira cadangan tersebut dan akan mencari penyelesaian terhadap masalah itu.

“Buat masa sekarang, tempat meletak kereta di hadapan kedai mereka adalah untuk lori memunggah barangan sahaja.

“Peniaga mencadangkan agar petak letak kereta dapat dibuat di hadapan kedai mereka dan tempat letak motosikal yang berada di jalan itu dialihkan ke sebelah tepi iaitu di Jalan Gereja,” katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment