My Add

Saturday 17 March 2012

Peniaga Uptown Bazar Heritage buat laporan SPRM

SHAH ALAM, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Peniaga Uptown Bazar Heritage di Taman Permai, Puchong dekat sini meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat penyelewengan yang mungkin berlaku melibatkan syarikat pengurusan bazar tersebut.

Permintaan itu dinyatakan dalam satu laporan yang dibuat di pejabat SPRM negeri di sini hari ini.

Dalam laporan itu, mereka turut menggesa SPRM menyiasat kaitan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan syarikat pengurusan bazar itu kerana pihak berkuasa tempatan (PBT) itu gagal bertindak ke atas banyak aduan oleh peniaga terhadap syarikat berkenaan.

Wakil peniaga, Sariffah Mat Noor Rashid berkata, syarikat pengurusan bazar berkenaan mengutip wang bulanan sebanyak RM30 daripada kira-kira 150 peniaga di kawasan terbabit bagi tujuan bayaran lesen perniagaan kepada MPSJ. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment