My Add

Saturday 10 March 2012

Peningkatan keyakinan rakyat terhadap BN kerana janji dikota

JOHOR BAHARU, SABTU, 10 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sokongan dan keyakinan rakyat yang semakin meningkat kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika ini adalah kerana kerajaan sentiasa mengotakan janjinya berbanding dengan pembangkang yang hanya pandai berjanji.

"Saya rasa sehari dua ini penambahan keyakinan rakyat terhadap BN adalah disebabkan apa yang kita (BN) kata, kita kotakan. Sebaliknya pembangkang bila mereka janji, tahap keyakinan janji mereka semakin hari semakin dipersoalkan.

"Justeru itu, kalau hendak terus mendapat keyakinan rakyat, sebagai pemimpin di semua peringkat kita mesti ”walk the talk”... janji mesti dikotakan,” katanya semasa melakukan tinjauan mesra dan berucap pada majlis perjumpaan dengan penduduk Taman Setia Indah di sini, hari ini.

Najib berkata, walaupun dalam tempoh yang singkat iaitu kira-kira tiga tahun ini, kerajaan mampu menterjemah segala projek yang dirancangkan kepada realiti yang memberi manfaat besar kepada rakyat.

"Insya-Allah, kalau tiga tahun kita sudah berjaya yakinkan rakyat, apatah lagi kalau lima tahun yang mendatang, macam-macam kita boleh buat untuk rakyat,” katanya.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment