My Add

Monday 19 March 2012

Penubuhan PSC untuk semua pihak

KUALA LUMPUR, AHAD, 18 Mac, 2012: Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen (PSC) berhubung isu kilang nadir bumi Lynas adalah untuk memberi peluang kepada semua pihak membincangkan isu berkenaan.

Menurut Timbalan Perdana Menteri, langkah itu bukan bermakna kerajaan tidak mempunyai kuasa untuk menentukan isu Lynas.

‘‘Kita menubuhkan PSC bagi membolehkan semua pihak iaitu ahli Parlimen sama ada wakil kerajaan atau bukan kerajaan menimbangkan beberapa perkara yang timbul tetapi keputusan dibuat oleh Parlimen,’’ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Wilayah Persekutuan, di sini hari ini.

Kabinet baru-baru ini bersetuju menubuhkan PSC untuk meneliti isu kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Pahang terutama melibatkan keselamatan dan ancaman kepada kesihatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment