My Add

Friday 9 March 2012

'Penyelenggaraan terpaksa dilakukan'

KUALA LUMPUR, KHAMIS 08 Mac, 2012: Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) terpaksa memberi kebenaran kepada Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn. Bhd. (Splash) melakukan penyenggaraan utama walaupun ia akan menjejaskan bekalan air kepada kira-kira sejuta penduduk Lembah Klang pada 14 dan 15 Mac ini.

Pengarah Eksekutif, Bahagian Hal Ehwal Korporat Syabas, Abdul Halem Mat Som berkata, langkah itu penting bagi mengelak Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 mengalami kerosakan serius.

Menurutnya, Syabas telah menerima permohonan untuk menghentikan tugas loji rawatan tersebut bagi membolehkan kerja-kerja penyenggaraan dijalankan.

"Penyenggaraan Loji Rawatan Air merupakan tanggungjawab pengurusan Splash.

"Kerja yang dijalankan adalah penggantian beberapa jenis injap sluice dan penyenggaraan memakan masa selama 12 jam untuk siap," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment