My Add

Monday 5 March 2012

Perbalahan pemimpin bukti kegagalan Pas tadbir Kedah

Oleh SYUKRI SHAARI

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Mac, 012: Perbalahan yang berlaku di kalangan pemimpin Pas Kedah termasuk Menteri Besarnya, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuktikan kegagalan pentadbiran parti itu dan langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, selama empat tahun mentadbir Kedah, Pas telah membuktikan bahawa mereka gagal membangunkan negeri berkenaan seperti mana yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) sebelum ini.

"Kemelut yang berlaku di Kedah membuktikan bahawa Pas sememangnya gagal mentadbir negeri berkenaan. Selain itu kita lihat tiada pembangunan di Kedah selama empat tahun pentadbiran Pas, ia langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat negeri itu," katanya selepas merasmikan Sidang Kemuncak Pentadbiran Korporat Keempat di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment