My Add

Wednesday 14 March 2012

Peringati ulang tahun Dasar Pandang Ke Timur

PUTRAJAYA, SELASA, 2012: 13 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda bertukar-tukar perutusan khas memperingati ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan hari ini berkata, kedua-dua Perdana Menteri menegaskan, dasar tersebut adalah satu petanda tentang wujudnya ikatan persahabatan dan perkongsian akrab antara Malaysia dan Jepun.

"Kedua-dua pihak melahirkan harapan bahawa Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) yang ditubuhkan di Kuala Lumpur baru-baru ini, akan maju secara signifikan sebagai pusat kecemerlangan dalam pendidikan kejuruteraan, tidak saja di Malaysia, tetapi juga untuk rantau ASEAN," katanya.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-30 Dasar Pandang Ke Timur yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pada 1982. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment