My Add

Tuesday 20 March 2012

Perlu buat kajian terperinci wujudkan laluan khas berbasikal

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Satu kajian terperinci untuk mewujudkan laluan khas bagi peminat berbasikal di negara ini perlu dilaksanakan segera bagi mengelakkan kes kemalangan membabitkan golongan tersebut daripada terus berlaku.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim berkata, sekiranya kajian tersebut tidak dijalankan, maka lebih banyak kemalangan jalan raya melibatkan golongan tersebut akan terus berlaku.

"Saya rasa kajian mengenainya (laluan khas) perlu dibuat tetapi yang lebih penting sekarang ialah peminat berbasikal perlu diberikan sedikit ruang di atas jalan raya ketika melakukan aktiviti riadah,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan jam tangan terbaru keluaran syarikat dari Finland, Suunto iaitu Suunto Ambit di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai insiden kemalangan membabitkan bekas pelumba basikal Kelab Le Tua, Rafizi Hamdan yang terbunuh selepas basikal yang ditungganginya dirempuh dari belakang di kawasan Jalan Lingkaran Tengah 2 (JLT2) berhampiran susur Taman Melawati, di sini Ahad lepas.

Rafizi, 37, yang menggunakan laluan itu menuju ke Batu 12 Gombak, mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala setelah dirempuh sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment