My Add

Friday 16 March 2012

Perlumbaan F1 tidak akan diadakan pada waktu malam

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Promoter Grand Prix Formula Satu (F1) Malaysia, Sepang International Circuit Sdn Bhd (SIC), tidak akan mengadakan perlumbaan itu pada waktu malam.

"Saya sendiri tidak menggalakkan perlumbaan waktu malam, tapi biarlah kita tengok dulu apakah keputusan yang akan dibuat oleh juruperunding mengenainya.

"Penyelidikan masih dijalankan dan satu keputusan akan dibuat selepas kami membentangkan kesan ekonomi terhadap kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Datuk Ahmad Razlan Ahmad Razali.

“Kesan ekonomi menjadi strategi atau pelan rangka kami untuk memanfaatkan F1 dengan lebih baik,” katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan trofi perlumbaan F1 Malaysia tahun ini yang ditaja Tiffany and Co., di sini hari ini.

Orang kuat F1 Bernie Ecclestone sekali lagi menyuarakan harapannya agar semua pusingan perlumbaan F1 di Asia diadakan pada waktu malam untuk menarik tontonan maksimum di Eropah.

Bagaimanapun, Ahmad Razlan berkata, pengurusan F1 tidak mengenakan tekanan terhadap cadangan itu. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment