My Add

Wednesday 21 March 2012

Permohonan Bersih soal menteri, KPN diputuskan 24 April

KUALA LUMPUR, RABU, 21 Mac, 201: Permohonan anggota Jawatankuasa Pemandu Gabungan Pilihan Raya Bebas dan Adil (Bersih 2.0) termasuk pengerusinya, Datuk S. Ambiga untuk menyoal balas Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara akan diputuskan oleh Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur pada 24 April depan.

Hakim Datuk Rohana Yusuf menetapkan tarikh itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak di kamar beliau hari ni.

Dalam permohonan induk yang difailkan oleh anggota Bersih 2.0 adalah untuk semakan kehakiman bagi mencabar perintah Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai 2011 yang mengisytiharkan kumpulan itu sebagai pertubuhan haram.

Pada 8 Julai 2011, jawatankuasa berkenaan memfailkan semakan kehakiman untuk membatalkan perintah bahawa pertubuhan itu adalah haram. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment