My Add

Saturday 10 March 2012

Peruntukan RM150j naik taraf Lebuh Raya Pasir Gudang: PM

JOHOR BAHRU, SABTU, 10 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan peruntukan RM150 juta bagi menaiktaraf lebuh raya Pasir Gudang, di sini. 

Najib yang mengumumkan berita gembira itu pada majlis perjumpaan bersama penduduk setempat di Taman Setia Indah, di sini, berkata projek berkenaan akan menjadikan lebuh raya empat lorong itu ketika ini kepada enam lorong.

"Projek naik taraf empat lorong kepada enam lorong itu dimulakan menerusi fasa satu yang melibatkan laluan dari persimpangan Kangkar Tebrau ke persimpangan Plentong sejauh lapan kilometer," katanya semasa berucap pada majlis itu.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Datuk Abdul Halim Sulaiman dan ADUN Tebrau, Datuk Maulizan Bujang. 

Perdana Menteri berkata projek naik taraf lebuh raya yang sesak itu membuktikan kerajaan sentiasa mendengar apa yang dihasratkan oleh penduduk dan masyarakat sekitar. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment