My Add

Monday 5 March 2012

Peserta luar negara PABM gembira melawat Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR, AHAD, 04 Mac, 2012: Seramai 72 peserta dari 67 negara yang menyertai Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2012 teruja apabila diberi kesempatan melawat ibu kota.

Mereka ternyata gembira apabila berpeluang melawat Istana Negara, Tugu Negara, Dataran Merdeka dan Pasar Seni serta bertemu dengan penduduk negara ini yang mesra dan berbudi bahasa.

Peserta dibawa melawat beberapa tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat sendiri kehidupan dan budaya masyarakat Melayu serta pembangunan yang dikecapi oleh Malaysia.

Peserta dari Jepun, Yota Tamura, 21, memuji kecantikan bandar raya Kuala Lumpur dan berharap agar nilai estetika bangunan bersejarah dikekalkan untuk generasi akan datang.

Penuntut Fakulti Pengajian Bahasa Asing Universiti Tokyo itu berkata, sikap tolak-ansur penduduk pelbagai kaum dan saling menghormati budaya dan agama masing-masing merupakan sesuatu yang unik. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment