My Add

Tuesday 6 March 2012

Petronas tidak lagi membayar pampasan kepada TNB

KUALA LUMPUR, SELASA, 06 Mac, 2012: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menjelaskan ia tidak lagi akan membayar pampasan kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi kos bahan api alternatif yang digunakan oleh syarikat utiliti kuasa nasional itu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shamsul Azhar Abbas berkata, pembayaran (RM1 bilion) itu sepatutnya merupakan bayaran “sekali sahaja”.

"Kami tidak pernah menyebut pada masa lalu yang ini merupakan sumbangan berterusan kepada TNB... Ia sepatutnya pemberian sekali sahaja, kerana kami kasihankan mereka sebab ketika itu mereka tidak cukup wang,” katanya semalam.

Dalam sepucuk emel hari ini, Petronas menjelaskan satu laporan Bernama semalam yang mengatakan ia tidak akan meneruskan penjualan gas bersubsidi kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) bagi penjanaan elektrik tahun ini. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment