My Add

Wednesday 7 March 2012

Phahrolrazi, Dr. Ismail dijangka tuntut portfolio kanan?

ALOR SETAR, SELASA, 06 Mac, 2012: Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh dikatakan bakal menuntut portfolio kanan dalam pentadbiran Kerajaan Pas Kedah berikutan persetujuan mereka dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri selepas matlamat mengehadkan kuasa Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tercapai.

Menurut sumber, keadaan itu akan meletakkan Azizan dalam dilema kerana portfolio yang disandang Phahrolrazi dan Ismail sebelum ini telah diambil alih oleh Datuk Ir. Amiruddin Hamzah, Datuk Dr. Hamdan Mohamed Khalib dan Abdul Ghani Ahmad.

Rombakan itu dibuat selepas kedua-dua Exco yang terlibat dalam kemelut sebelum ini enggan mengangkat sumpah untuk dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri kerana berbeza pandangan dengan Azizan.

Difahamkan, jika Azizan merombak semula portfolio Exconya berikutan perkembangan terbaru itu, bermakna pengagihan portfolio asal hanya mampu ‘bertahan’ kurang dua minggu meskipun Menteri Besar telah membayangkan ia boleh berubah kerana baru lapan Exco sahaja yang mengangkat sumpah jawatan. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment