My Add

Tuesday 6 March 2012

Pindaan Akta Kerja berkaitan buruh hanya untuk perladangan

PUTRAJAYA, SELASA, 06 Mac, 2012: Kerajaan hari ini memutuskan pindaan Akta Kerja 1955 membabitkan kontraktor buruh hanya diguna pakai untuk sektor perladangan.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, keputusan itu membabitkan empat seksyen iaitu Seksyen 31, 33A, 669 dan 37.

Pengecualian ini dibuat berdasarkan kuasa Menteri mengikut Seksyen 2, katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan, di sini.

Dr. Subramaniam berkata, keputusan itu sebagai mengambil kira bantahan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

"Keputusan itu akan memberikan situasi menang-menang kepada pihak-pihak yang membangkitkan isu berhubung pindaan akta tersebut,” katanya.

Pindaan akta itu diluluskan Parlimen pada 6 Okt lepas yang antara lain memasukkan peruntukan yang mengkehendaki pendaftaran kontraktor buruh.

Bagaimanapun, sehingga kini akta itu tidak dapat dilaksanakan susulan bantahan MTUC yang tidak berpuas hati dengan beberapa pindaan terbabit termasuk kewujudan kontraktor tenaga kerja. — BERNAMA

No comments:

Post a Comment