My Add

Thursday 22 March 2012

Pindaan AUKU cerminkan keyakinan terhadap mahasiswa

SHAH ALAM, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, cadangan pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 bukan bertujuan untuk mengongkong golongan mahasiswa.

Sebaliknya, katanya, cadangan itu menunjukkan kepercayaan kerajaan terhadap kemampuan mahasiswa berfikir, bertanggungjawab serta membuat keputusan dengan matang demi menentukan masa depan mereka.

Beliau berkata falsafah di sebalik cadangan pindaan AUKU akan membolehkan mahasiswa mendengar ceramah politik dan memilih parti tanpa mengabaikan tumpuan terhadap pelajaran semasa di kampus.

Najib berkata demikian dalam amanatnya kepada 10,000 warga kampus dari institusi pengajian tinggi awam dan swasta dari seluruh negara sempena Majlis Pelancaran Yayasan Sukarelawan Siswa di Universiti Teknologi MARA, di sini,
malam tadi.

Katanya, pindaan AUKU menunjukkan kerajaan tidak menutup minda mahasiswa tetapi sebaliknya memberi peluang kepada mereka membuat penilaian dan pertimbangan. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment