My Add

Friday 23 March 2012

PKR tak perlu sokongan masyarakat India?

SUNGAI PETANI, KHAMIS, 22 Mac, 2012: Seorang ahli Parlimen daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat India di negeri ini apabila menghantar satu khidmat pesanan ringkas (SMS) yang menyatakan parti itu tidak memerlukan sokongan daripada kaum tersebut.

Wakil rakyat terbabit, Datuk Rashid Din., Ahli Parlimen Merbok dikatakan telah menghantar satu SMS berbunyi "Pakatan Rakyat tak berapa harap undi India" kepada Setiausaha Persatuan Penyokong-penyokong Kuil Sri Sitti Vinayagar Sungai Petani, V. Kumaraguru baru-baru ini.

Kumaraguru mendakwa, isu tersebut tercetus selepas dia membuat aduan kepada Rashid melalui SMS berhubung tindakan Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merobohkan sebuah kuil kecil di hadapan rumah seorang penduduk di Taman Patani Jaya di sini pada 18 Mac lalu. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment