My Add

Friday 9 March 2012

PM umum Sayembara Novel 1Malaysia

SEBAHAGIAN hadirin yang menyaksikan Pertandingan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu Piala Perdana Menteri 2012, malam tadi. - Utusan/Mohd. Najib Mohd. Nor

Oleh HASHNAN ABDULLAH dan NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA, KHAMIS, 08 Mac, 2012: Perdana Menteri mengumumkan pertandingan Sayembara Novel 1Malaysia sebagai tanda komitmen kerajaan untuk melihat tersebar luasnya bahasa Melayu di persada dunia.

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ini kerana sayembara yang dikendalikan oleh Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) itu terbuka kepada semua penulis dari seluruh pelosok dunia daripada pelbagai lapisan usia dengan syarat hasil karya perlu dihasilkan dalam bahasa Melayu.

''Saya berharap sayembara itu akan menghasilkan lebih banyak karya sastera bermutu dalam bahasa Melayu yang bercitrakan keharmonian kehidupan, pentadbiran ekonomi, sistem pentadbiran dan pendidikan," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment