My Add

Friday 16 March 2012

Polis temui petunjuk dalam kes bunuh dua beradik di Puchong

SHAH ALAM, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Polis menemui beberapa petunjuk termasuk penemuan barang kemas bernilai RM100,000 yang dipercayai dapat menyelesaikan kes pembunuhan dua beranak di Puchong Ahad lalu. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata penemuan turut berupa kenderaan milik mangsa, telefon bimbit serta maklumat spesifik yang diperolehi daripada orang ramai.

"Polis sedang mengumpul semua bukti dari segala sudut penyiasatan kes yang dipercayai bermotifkan masalah peribadi antara mangsa dengan seorang daripada suspek.

"Sehingga hari ini, polis sudah menahan enam suspek di mana seorang daripadanya dipercayai mempunyai hubungan dengan seorang mangsa iaitu si anak. 

"Kesemua mereka ditahan secara berasingan di Ampang dan Cheras. Dua daripada mereka ditahan pada 12 Mac dan empat lagi semalam," katanya pada sidang media di sini, hari ini. 

Mohd Bakri berkata, kesemua yang ditahan itu berumur antara 19 dan 23 tahun yang juga pelajar kolej swasta di tempat mangsa mengajar. 

Pembunuhan itu berlaku pada 11 Mac lalu dengan mayat pensyarah tersebut, Zara Eleena, 23, dan bapanya Omar Peter Abdullah, 56, ditemui mati di rumah mereka di Taman Kinrara.

Zara Eleena ditemui mati di atas lantai di dalam sebuah bilik manakala bapanya ditemui terlentang di atas katil di dalam bilik utama rumah teres setingkat itu. 

Suspek kini ditahan reman sehingga 22 Mac ini. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment