My Add

Tuesday 6 March 2012

Populariti Perdana Menteri kelebihan BN

KUALA LUMPUR, ISNIN, 05 Mac, 2012: Populariti dan gaya kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi satu daripada kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian berkata, rakyat hari ini melihat Perdana Menteri sebagai pemimpin yang mendengar masalah mereka.

''Saya melihat perkara itu menerusi pendekatan Perdana Menteri yang menggunakan laman sosial untuk mendengar luahan hati rakyat dan ia secara tidak langsung memberi kelebihan kepada BN,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin dalam Mingguan Malaysia semalam yang menyatakan UMNO serta BN mempunyai kelebihan berbanding pembangkang pada pilihan raya umum akan datang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment