My Add

Saturday 10 March 2012

Portfolio Exco Kedah dirombak

ALOR SETAR, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Kerajaan Pas Kedah akan membuat rombakan portfolio beberapa Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baru mengangkat sumpah jawatan hujung bulan lalu berikutan dua lagi Exco bakal dilantik dalam tempoh terdekat.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, rombakan itu merupakan perkara biasa bagi melicinkan pentadbiran kerajaan negeri dan disesuaikan dengan kemasukan semula dua Exco tersebut.

“Kita tengoklah nanti. Ada (portfolio) yang tidak rombak, ada yang rombak sikit, biasalah...tukar-tukar pengalaman,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya, di Jalan Sultanah, di sini hari ini.

Pada 28 Februari lalu, hanya lapan anggota Exco Kedah dilantik semula berbanding kebiasaan 10 anggota iaitu tanpa kehadiran Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Dr. Ismail Salleh yang enggan dilantik semula ekoran krisis dalaman Pas Kedah. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment