My Add

Monday 19 March 2012

Positif doping: Dua atlet Sukan SEA dipanggil bela diri

KUALA LUMPUR, ISNIN, 19 Mac, 2012: Majlis Olimpik Malaysia (MOM) akan memanggil dua orang atlet yang disahkan positif ujian doping pada Sukan SEA Indonesia tahun lalu, bagi mendengar keterangan mereka minggu depan.

Setiausaha Kehormat badan itu, Datuk Sieh Kok Chi berkata, sesi pendengaran itu akan diadakan di Wisma MOM namun tarikh dan waktu masih belum diputuskan.

Katanya, sesi itu akan dikendalikan oleh tiga ahli panel yang dilantik Presiden MOM, Tan Sri Tunku Imran Tuanku Ja'afar iaitu Timbalan MOM, Datuk A.Sani Karim, pakar perubatan, Datuk Dr. S.S Cheema dan Ketua Kontinjen Malaysia ke Sukan SEA Indonesia 2011, Datuk Naim Mohamad.

"Kedua-dua atlet itu, Mohd. Yunus Lasalleh dari olahraga dan Firdaus Abdul Razak dari acara angkat berat akan berpeluang untuk membela diri.

"Mereka juga dibenarkan membawa peguam, jurulatih atau pengurus mereka untuk membantu, bagaimanapun wakil persatuan masing-masing tidak perlu hadir," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment