My Add

Friday 9 March 2012

Program 6P: 6,101 PATI, 166 majikan ditangkap sejak Okt

PUTRAJAYA, JUMAAT, 09 Mac, 2012: Bagi tempoh dari 20 Oktober lepas sehingga kini, seramai 6,101 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan 166 majikan telah ditangkap dan dikenakan tindakan melalui operasi penguatkuasaan Program 6P di seluruh negara.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam berkata, daripada jumlah itu, 33 majikan dan 986 PATI telah didakwa di mahkamah, 72 majikan dan 548 PATI dikenakan kompaun, manakala 1,011 PATI telah diusir keluar.

"Kes bagi 12 majikan dan 1,747 PATI masih dalam siasatan, manakala baki 49 majikan dan 1,809 PATI telah dibebaskan berikutan tiada kes,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mahmood berkata, menerusi 2,607 operasi yang dijalankan itu, seramai 48,864 PATI telah diperiksa. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment