My Add

Friday 23 March 2012

Program hiburan Best 2012 diperluas ke seluruh negara

PUTRAJAYA, JUMAAT, 23 Mac, 2O12: Program Best (Buat Elok Saja Tau!) 2012 bagi musim kedua akan diperluaskan ke beberapa lokasi di seluruh negara dalam usaha mempromosi gaya hiburan yang menepati garis panduan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebagai permulaan tiga lokasi telah dikenal pasti iaitu di Pagoh, Johor; Jengka, Pahang; dan Teloi, Kedah.

"Tahun ini pengisian program tidak semestinya menggunakan pendekatan persembahan nasyid semata-mata sebaliknya pelbagai program menarik disediakan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan prapelancaran Program Jelajah BEST 2012 di sini hari ini.

Beliau berkata, program anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) itu dengan kerjasama Felda, Great Wall Motor Sdn Bhd, Green Oranges Sdn Bhd dan DagangHalal Sdn Bhd dijangka bermula bulan depan.

Program akan diserikan dengan acara-acara seperti konsert, pertandingan Battle BEST of The Band, program Adik-Adikku dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.

Program musim pertama diadakan pada 28 Oktober tahun lepas selama tiga hari di di Laman 1Malaysia, Putrajaya. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment