My Add

Sunday 11 March 2012

Program Tabung Penyelengaraan 1Malaysia diperluas

KUALA LUMPUR. SABTU, 10 Mac, 2012; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mencadangkan agar program Tabung Penyelengaraan 1Malaysia (TP1-Malaysia) diperluas ke seluruh negara berikutan kejayaan yang dicapainya.

Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, cadangan tersebut diusulkan Perdana Menteri setelah program tersebut telah dapat dimanfaatkan oleh penduduk di Lembah Klang terutamanya penduduk perumahan kos sederhana dan rendah.

"Lebih kurang RM54 juta telah diluluskan daripada dana TP1-Malaysia bagi membiayai projek-projek TP1-Malaysia di kawasan Lembah Klang.

"Bagi meluaskan program ini ke seluruh negara, Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) mensasarkan negeri-negeri yang mempunyai kawasan perumahan kos sederhana dan rendah seperti Johor, Pulau Pinang, Melaka dan Negeri Sembilan,” katanya.

Program ini dilaksanakan sejak Januari 2010.

Beliau berkata demikian selepas majlis pemberian sumbangan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada tabung pengurusan bersama (JMB) dan perbadanan pengurusan (MC) untuk TP1-Malaysia di sini hari ini.

Katanya cadangan itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri dan sekiranya mendapat sokongan serta diluluskan, program tersebut akan dilaksanakan secepat mungkin iaitu bulan depan.— BERNAMA

No comments:

Post a Comment