My Add

Tuesday 20 March 2012

Promosi pakej perkahwinan Isnin hingga Khamis Felda D”Saji

KUALA LUMPUR, SELASA, 20 Mac, 2012: Felda D”Saji menawarkan diskaun sehingga RM10,000 kepada bakal pengantin yang ingin mengadakan majlis perkahwinan pada hari Isnin hingga Khamis.

Pengerusi D”Saji Restaurant & Cafe, Datuk Mat Abas Mat Yusof berkata, promosi yang akan berjalan untuk tempoh setahun bermula bulan ini, bagaimanapun tidak termasuk semasa cuti am dan cuti persekolahan.

"Sambutan orang ramai terhadap pakej perkahwinan di Felda D”Saji adalah amat menggalakkan dan terdapat juga tempahan yang dibuat dua tahun lebih awal bagi mendapatkan tarikh yang diidamkan.

"Justeru bagi memberikan peluang dan pilihan kepada para pelanggan tanpa perlu menunggu lama, Felda D”Saji menawarkan pakej promosi di tiga lokasi utama dengan diskaun istimewa,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Pakej Perkahwinan Jom Jimat @ D”Saji.

Beliau berkata, untuk majlis perkahwinan yang diadakan di Dewan Perdana Felda diskaun diberikan sehingga RM10,000, Dewan Merak Kayangan sehingga RM5,000 dan Felda Villa Kuala Lumpur sehingga RM3,000. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment