My Add

Sunday 18 March 2012

Proses tender jualan saham GLC adil - PM

SHAH ALAM, AHAD, 18 Mac, 2012; Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, proses tender bagi penjualan saham syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) adalah adil dan objektif.

"Kita sedang belajar daripada apa yang kita lakukan dahulu. Kita kena buat proses penilaian yang lebih telus, lebih objektif.

"Pada peringkat awalnya kita kaji betul-betul, (bila) sudah puas hati baru kita bagi (beri)," katanya pada majlis bersama lebih 800 pesara pegawai kanan kerajaan di sini.

Najib mengulas ucapan aluan wakil pesara terbabit, Datuk Zainal Abidin Nordin iaitu bekas ketua setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi yang mahu kepentingan Bumiputera terpelihara termasuk dalam soal penjualan saham GLC.

Bagaimanapun, Najib berkata, proses penilaian pembida saham syarikat GLC tidak menjamin kemungkinan berlakunya kegagalan namun sekurang-kurangnya proses tersebut adalah lebih telus dan objektif.

Najib menjelaskan, saham GLC bukan dijual kepada sebarang orang kerana hanya pihak yang paling layak dalam kalangan pembida akan berjaya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment