My Add

Friday 16 March 2012

Proton sasar jual 4,000 unit model terbaharu sebulan

PETALING JAYA, JUMAAT, 16 Mac, 2012: Proton Holdings Bhd yakin dapat mencapai jualan bulanan 4,000 unit bagi model kereta baharunya, yang diberi nama kod P3-21A, Kata Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir.

Beliau berkata, kereta yang amat dinanti-nantikan dan dijadualkan pelancaran rasminya menjelang bulan depan itu akan menebus imej Proton sebagai pengeluar kereta yang berkebolehan, dan menarik pembeli dari kedua-dua pasaran tempatan dan luar negara.

"P3-21A adalah kereta segmen C dan kami berharap dapat menjual kira-kira 4,000 unit sebulan apabila dilancarkan sepenuhnya nanti.

"Sekarang kita tidak boleh mereka bentuk kereta bagi pasaran domestik sahaja. Ia mestilah juga bagi pasaran eksport.

“Kami yakin P3-21A boleh dipasarkan diluar negara dan Proton telahpun menjalankan pengujian ke atas kereta itu bagi jualan di Asia Tenggara dan Australia.

"Kereta ini sejajar dengan pendirian Proton untuk mengeluarkan kereta global kerana kita cuba tidak bergantung kepada satu pasaran khusus. Pasaran-pasaran baru muncul bagi kereta Proton termasuklah China, Indonesia dan India,” katanya pada hari terbuka Proton, ”Power of 1” di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.

Syed Zainal berkata, model P3-21A baharu itu juga menepati definisi ”global” Proton, kerana setiap inci kereta itu perlu menarik di samping menepati spesifikasi global yang ketat. – BERNAMA

No comments:

Post a Comment